Friday, August 22, 2008

Lagi Pemimpin Parti Gerakan: Menyertai Kempen DSAI di Permatang Pauh


22 August 2008
Lagi Pemimpin Parti Gerakan: Menyertai Kempen DSAI di Permatang Pauh
oleh permatangpauh.com

PERMATANG PAUH, Yayasan Aman 22 OGOS - Seorang lagi pemimpin Parti Gerakan Rakyat (Gerakan-BN), Dr. Tan Kee Kwang merupakan Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan kini menyertai kempen pilihanraya menyokong perjuangan DSAI terhadap ekonomi negera.

Beliau yang kini berada di Pulau Pinang secara terbuka menyifatkan DSAI sepatutnya meneraju negara dan meminta rakyat memberikan sokongan padu kepada Anwar.

Berikutan itu beliau telah digantung keahliannya, bersedia menerima keputusan pecat oleh Barisan Nasional.

Sebelum itu, pimpinan tertinggi parti itu juag, Dato' Dr. Toh Kin Woon juga menyatakan sokongan terbuka beliau secara sendiri dan melepaskan jawatan tersebut kelmarin.

Pemimpin Parti Gerakan telah menyatakan ketidak percayaan anggotanya kepada BN, menunjukan BN semakin khusut untuk di pulihkan lagi.

No comments: